Pendaftaran Tuisyen Digital Mahir Tutor Sempena Minggu Sains Negara 2021

MAKLUMAT PELAJAR

Butiran :

Mengambil kira kepentingan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan sains, teknologi dan inovasi (STI) dalam menjayakan agenda menjadikan Malaysia sebuah negara berteknologi tinggi, MOSTI meneruskan pelaksanaan Minggu Sains Negara pada tahun 2021 yang akan berlangsung mulai 1 hingga 7 April 2021.

Sempena Minggu Sains Negara 2021, Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Planet Mahir Sdn Bhd menyediakan kelas tuisyen digital Mahir Tutor PERCUMA buat calon SPM 2021.

Program ini terbuka kepada 2000 orang pelajar terawal sahaja. Sila isi borang pendaftaran ini sekiranya anda berminat.

Mahir Tutor merupakan kelas tuisyen digital oleh Planetmahir khas untuk calon SPM. Terdapat 10 subjek SPM yang ditawarkan kepada pelajar Mahir Tutor iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam, Sains, Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan. Layari planetmahir.com/tutor untuk melihat tenaga pengajar dan subjek-subjek yang ditawarkan

TERIMA KASIH

Pendaftaran anda telah diterima